Informasi Permainan Video Terkini
Detroit: Become Human, Heavy Rain Dan Beyond: Two Souls Bakal Tiba Di PC Melalui Epic Games Store
PC

Detroit: Become Human, Heavy Rain Dan Beyond: Two Souls Bakal Tiba Di PC Melalui Epic Games Store

Diterbitkan pada Mac 21, 2019 oleh .

Satu berita yang agak mengejutkan namun mungkin dinantikan oleh ramai peminat setelah pengumuman NetEase membuat pelaburan terhadap Quantic Dream baru-baru ini. Terkini, Quantic Dream mengumumkan 3 permainan mereka yang mana sebelum ini adalah permainan eksklusif di Playstation 4 dan Playstation 3 akan tiba di PC.

Melalui kuciran rasmi di Twitter Quantic Dream, mereka mengumumkan bahawa permainan Detroit: Become Human, Beyond: Two Souls dan Heavy rain akan dilancarkan di PC melalui Epic Games Store tahun ini.

Sememangnya ini merupakan satu berita yang mengejutkan dan pada masa yang sama satu berita yang sangat mengembirakan kerana melalui pelancaran ketiga-tiga permainan ini di PC, akan terdapat lebih ramai pemain yang berupaya untuk bermain permainan-permainan oleh Quantic Dream ini, terutamanya Detroit: Become Human yang mana adalah salah satu permainan yang sangat berjaya oleh mereka.

Buat masa ini, tarikh pelancaran buat ketiga-tiga permainan ini tidak lagi diumumkan dan seperti biasa kami akan mengemaskininya setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN