Skip to main content

Cuphead iaitu permainan aksi platformer yang sangat terkenal dengan bentuk permainan yang sukar di konsol Xbox One dan PC kini tampaknya tidak lagi akan menjadi permainan konsol eksklusif Xbox One di mana ketika acara Nindies Showcase hari ini, Studio MDHR mengumumkan bahawa permainan tersebut akan tiba di Switch pada April ini.

Sememangnya ini adalah satu berita yang sangat mengejutkan memandangkan permainan ini sebelum ini dipasarkan sebagai satu permainan konsol eksklusif di Xbox One. Berdasarkan pengumuman oleh Nintendo, selain daripada Studio MDHR, Microsoft juga bertanggungjawab membawa permainan ini ke Switch.

Menurut Studio MDHR, permainan tersebut akan dilancarkan pada 18 April 2019 ini. Dengan sokongan alat kawalan JoyCon, permainan ini sememangnya akan menjadi satu permainan koperasi yang sangat menarik di konsol hibrid tersebut. Menurut Nintendo, anda boleh membelinya secara digital melalui Nintendo eShop namun, buat masa ini, harga permainan ini masih belum tersenarai.

Bagi anda yang ingin membaca senarai pengumuman penuh untuk Nindies Showcase Spring 2019, anda boleh ke artikel dibawah.

Leave a Reply