Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa watak Kid Goku dari Dragon Ball GT merupakan watak DLC seterusnya buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ.

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan berkenaannya. Namun berdasarkan imej yang dikongsikan. Kid Goku kelihatan mempunyai senjata tongkat bersamanya dan tidak berada dalam mod Super Saiyan.

Sebelum ini, Bandai Namco juga berkongsi watak Videl, Jiren, Gogeta dan juga Broly adalah watak seterusnya untuk FighterZ Pass musim kedua.

Dragon Ball FighterZ telah pun dilancarkan tahun lepas di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami, anda boleh ke pautan dibawah.

Sohor Kini