Skip to main content

Bagi anda yang masih belum bermain permainan Dragon Ball Xenoverse 2, hari ini Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut secara percuma melalui versi Dragon Ball Xenoverse 2 Lite di Playstation 4 dan Xbox One.

Melalui versi Lite ini, pemain berupaya untuk bermain 5 episod pertama permainan tersebut iaitu Raditz’s Attack, The Saiyan Threat, Ruckus On Plant Namek, The Ginyu Force Strikes dan The Galatic Emperor. Namun, bagi mereka yang ingin bermain episod seterusnya, pemain perlu membeli permainan tersebut secara penuh dan segala kemajuan boleh diteruskan melalui permainan penuh tersebut.

Menariknya juga, kandungan pertempuran dan misi atas-talian juga boleh diakses melalui edisi percuma ini dan pemain berupaya untuk bertempur dengan pemain yang mempunyai permainan penuh. Namun, bagi acara atas-talian dan misi peringkat tinggi, ianya masih lagi terhad untuk permainan penuh. Pemain juga boleh mengakses mod Hero Colosseum melalui versi Lite ini.

Dragon Ball Xenoverse 2 merupakan permainan berdasarkan siri anime Dragon Ball yang memfokuskan bentuk multi-pemain. Permainan tersebut sebelum ini telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Namun versi Lite hanya tiba di Playstation 4 dan Xbox One sahaja. Bagi anda yang ingin memuat-turun versi Lite tersebut, anda boleh memuat-turunnya dibawah.

[download] Muat-Turun: PS4 Dragon Ball Xenoverse 2 Lite [/download]

[download] Muat-Turun: Xbox One Dragon Ball Xenoverse 2 Lite [/download]

Leave a Reply