Musim baharu untuk Major League Baseball iaitu liga besbol Amerika Syarikat bakal bermula tidak lama lagi. Bersempena dengannya Psyonix mengumumkan permainan mereka iaitu Rocket League akan menerima MLB Fan Pack.

Melalui pek tersebut, pemain akan mendapat perhiasan untuk kereta dalam bentuk topi, bendera dan juga banner berdasarkan 30 pasukan dalam liga tersebut.

Pek ini akan dijual dengan harga $2.99 (RM12) dan akan mula dijual pada 25 Mac 2019.

Sohor Kini