Skip to main content

Sempena ulang tahun ke-50, Konami hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa tiga koleksi permainan klasik iaitu Konami Anniversary Collection: Arcade Classics, Castlevania Anniversary Collection dan Contra Anniversary Collection.

Ketiga-tiga koleksi tersebut akan menyertakan sebilangan permainan berdasarkan siri yang dilancarkan oleh Konami sebelum ini. Menurut Konami, ianya akan dilancarkan secara digital sahaja di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Koleksi pertama, iaitu Konami Anniversary Collection: Arcade Classic akan dilancarkan dahulu pada 18 April 2019 dan diikuti dengan dua lagi koleksi permainan yang dinyatakan menjelang tahun ini.

Konami Anniversary Collection: Arcade Classic merupakan koleksi permainan yang menyertakan 8 permainan arked oleh Konami. Selain itu Konami juga menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti karya seni permainan tersebut termasuklah dokumen pembangunan permainan. Antara permainan yang tersenarai adalah:

  • Haunted Castle
  • Typhoon (A-JAX)
  • Nemesis (Gradius)
  • Vulcan Venture (Gradius II)
  • Life Force (Salamander)
  • Thunder Cross (1988)
  • TwinBee

Bagi senarai permainan untuk koleksi siri Contra dan Castlevania, Konami masih belum berkongsi senarai penuh dan buat masa ini kedua-dua koleksi tersebut juga masih belum menerima sebarang tarikh pelancaran. Namun, ianya dikatakan akan dilancarkan tahun ini.

Sememangnya ini adalah satu koleksi yang sangat menarik terutamanya buat mereka yang meminati permainan retro oleh Konami. Sebelum ini Konami juga melancarkan dua permainan klasik Castlevania yang mana anda boleh mengetahuinya lebih lanjut melalui artikel ini.

Leave a Reply