Informasi Permainan Video Terkini
Google Mengumumkan Stadia Game And Entertainment – Studio Pembangunan Permainan Tersendiri

Google Mengumumkan Stadia Game And Entertainment – Studio Pembangunan Permainan Tersendiri

Diterbitkan pada Mac 20, 2019 oleh .

Assassin Creed Odyssey dan Doom Eternal adalah dua permainan dari pembangun luar yang bekerjasama dengan Google untuk platform permainan awan mereka – Stadia. Tetapi, adakah permainan-permainan untuk Stadia hanya dari pembangun luar?

Jawapannya tidak. Google turut akan hadir dengan permainan mereka tersendiri. Untuk membangunkan permainan tersendiri mereka ini, Google telah hadir dengan studio pembangunan permainan – Stadia Game And Entertainment. Melalui studio ini juga, Google turut akan berkongsi teknologi-teknologi mereka dengan pembangun luar agar permainan mereka lebih lancar dan menyokong platform Stadia.

Buat masa ini, Google tidak lagi mempunyai permainan mereka yang tersendiri. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN