Tadi, Google telah umumkan Stadia – sebuah platform penstriman permainan awan. Untuk bermain permainan melalui platform ini, pemain boleh gunakan mana-mana alat kawalan tidak kira berwayar atau nirwayar. Tetapi, untuk pengalaman yang lebih baik – Google turut hadir dengan alat kawalan tersendiri.

Alat kawalan Google ini adalah Stadia Controller. Ala kawalan ini berhubung melalui Internet dan mempunyai satu butang kongsi khas seakan Sony PlayStation Dual Shock 4 Share Button. Pemain boleh kongsi tangkapan skrin permainan mereka atau simpan melalui satu butang sahaja. Tambahan lagi, alat kawalan ini turut mempunyai butang Google Assistant yang turut berfungsi sebagai butang mikrofon. Butang ini juga menghubungkan pemain terus ke komuniti atau pembangun.

Alat kawalan ini hadir dengan susunan butang tersendiri, dan hadir dengan tiga pilihan warna menarik. Ia mempunyai rekaan yang ringkas dan tampak premium.

Sohor Kini