Skip to main content

Sudah lama kita dengar mengenai platform permainan yang Google ingin lancarkan. Ia dikatakan adalah pesaing kepada Xbox dan juga PlayStation. Hari ini di acara GDC, Google telah melancarkan Stadia. Ia adalah sebuah platform permainan awan yang unik.

https://www.youtube.com/watch?v=AffodEEF4ho

Platform ini bukan sahaja menawarkan penstriman permainan yang biasa, tetapi ia menawarkan penstriman permainan pada kualiti konsol secara awan. Pemain boleh bermain permainan grafik tinggi tidak kira apa jua peranti mereka. Ini bermakna, Chrome OS, Windows, Android atau melalui Chrome Cast – pemain boleh bermain permainan seperti Assassin Creed Odyssey versi penuh dengan mudah. Selain itu, pemain juga tidak perlu memuat turun apa-apa fail, kemaskini dan sebagainya – ia semua berlaku di pangkalan data Google dan pemain hanya perlu tekan satu butang untuk mula bermain.

Pada acara pelancaran ini, Stadia mampu menstrim permainan pada kadar 4K 60FPS, tetapi kelak di masa hadapan Google turut akan sertakan sokongan penstriman 8K. Sama juga, penstriman pada mana-mana resolusi ini turut akan berfungsi dengan satu klik sahaja dengan masa memuat 5 saat.

Mengejutkan lagi, Google turut bekerjasama dengan AMD untuk mereka hadir dengan GPU khas untuk pangkalan data mereka. GPU ini akan menguasakan sistem Stadia agar memberi semua pemain kemampuan menstrim permainan pada grafik tinggi. Antara permainan lain yang diumumkan bekerjasama dengan mereka adalah Doom Eternal.

Apa yang menarik, platform Stadia ini turut menyokong bermain secara rentas-platform dengan platform lain. Tetapi, Google tidak memaklumkan platform mana yang menyokong buat masa ini. Stadia akan dilancarkan kepada umum pada tahun ini. Ia akan dilancarkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu dan kemudian akan hadir ke Kanada, UK dan Eropah. Tiada lagi berita jika ia akan hadir ke mana-mana negara lain di Asia termasuk Malaysia.

Leave a Reply