Informasi Permainan Video Terkini
Asal-Usul Forky Dan Punca Kejadian Malang Toy Story 4 Diperlihatkan Dalam Video Acah Baru

Asal-Usul Forky Dan Punca Kejadian Malang Toy Story 4 Diperlihatkan Dalam Video Acah Baru

Diterbitkan pada Mac 19, 2019 oleh .

Toy Story 4 adalah filem animasi terbaru Toy Story. Filem animasi 3D hebat ini, adalah sekuel kepada Toy Story 3 – yang akan memperlihatkan kesinambungan kisah permainan-permainan bersama Bonnie selepas Andy meninggalkan mereka.

Baru sahaja tadi, video acah baru telah diterbitkan. Kita sudah tahu yang Toy Story 4 akan hadir dengan banyak watak baru dan salah satunya adalah Forky. Dalam video acah ini, asal usul Forky diperlihatkan. Forky adalah mainan yang Bonnie cipta sendiri. Selepas Forky ‘hidup’ beliau rasa yang beliau bukanlah sejenis mainan dan terus larikan diri.

Disebabkan itu, Woody sebagai figura tokoh – pergi cuba selematkan Forky. Di sini, akan terdapat pengembaraan hebat dan Woody berjumpa kembali dengan Bo Peep yang baru. Di sinilah berlaku kejadian malang yang tidak diingi dan pengembaraan baru pun bermula. Apa yang bakal terjadi? Nasib Forky dan Woody bagaimana? Bagaimana Bo Peep berubah? Kawan-kawan Woody lain bagaimana?

Sama-sama kita nantikan tayangannya Jun ini.


TIPS & ULASAN