Skip to main content

Pengarah Days Gone Jeff Ross hari ini melalui Playstation Blog berkongsi mod foto yang akan disertakan di dalam permainan tersebut. Menurut beliau, Days Gone akan menyertakan satu dunia yang sangat cantik dan inginkan mod foto di dalam permainan ini berfungsi seperti kamera sebenar.

Mod Foto untuk Days Gone akan menyertakan fungsi sepertimana mod foto di dalam permainan-permainan lain iaitu pemain boleh memilih untuk menyertakan watak dan juga motosikal di dalam gambar, mengubah riak wajah serta pelbagai perhiasan seperti bingkai dan penuras. Bagi tetapan lensa, pemain juga boleh mengubah Field of View, Focal Distance, Aperture, dan Film Grain. Ia juga akan menyertakan Focus Lock yang membolehkan pemain untuk menetapkan fokus agak ia sentiasa tajam walaupun kamera digerakkan.

Namun, satu kelainan yang disertakan di dalam mod foto untuk permainan ini adalah Advanced Mode yang membolehkan pemain memanipulasi gambar melalui 55 tetapan berbeza seperti Bloom, Color Grading, dan Color Depth Grading. Ini akan memberi kebebasan kepada pemain untuk menghasilkan gambar yang lebih unik.

Days Gone merupakan permainan dunia terbuka zombi yang akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Playstation 4 pada 26 April 2019.

Leave a Reply