Informasi Permainan Video Terkini
OtherSide Berkongsi Video Acah Untuk System Shock 3
PC

OtherSide Berkongsi Video Acah Untuk System Shock 3

Diterbitkan pada Mac 19, 2019 oleh .

Warren Spector merupakan pembangun untuk OtherSide Entertainment dan bertanggungjawab untuk membangun System Shock 3. Hari ini, beliau berkongsi mengenai permainan tersebut di persidangan Unity di GDC.

Selain itu, beliau juga memperlihatkan video acah pendek untuk permainan tersebut. Video itu memperlihatkan Shodan yang merupakan watak jahat di dalam siri permainan ini mengatkan yang ia nampak segala yang dilakukan oleh ‘pemain’.

OtherSide Entertainment pada bulan lepas mendapatkan kembali hak penerbitan untuk permainan ini daripada Starbreeze selepas syarikat tersebut mengalami pelbagai masalah.

System Shock 3 merupakan permainan terbaru buat siri System Shock yang merupakan permainan pertama kali dikeluarkan pada tahun 1994. Buat masa ini tiada tarikh pengeluaran yang diumumkan.


TIPS & ULASAN