Skip to main content

Hari ini, Yoodo telah mengumumkan pasukan e-sukan PUBG Mereka tersendiri – Yoodo Gank. Pasukan ini adalah pasukan Gank FTY yang ditaja Yoodo. Bersama-sama dengan pengumuman pasukan e-sukan tadi, Yoodo turut mengumumkan satu pertandingan khas PUBG Mobile.

Pertandingan ini adalah, Beat The Champions. Dalam pertandingan ini, pemain perlu tumpaskan Yoodo Gank. Untuk menang, pemain perlu mengumpul mata yang tertinggi, di mana satu pembunuhan bersamaan 20 mata dan satu pembunuhan ahli Yoodo Gank akan menerima 60 mata.

Pertandingan ini akan bermula pada 28 Mac kelak pada jam 8 malam. Kemudian, pertandingan ini turut akan berlangsung setiap bulan – di mana setiap bulan akan terdapat dua perlawanan bersama 24 pasukan. Bagi yang berminat akan pertandingan ini, anda boleh mendaftar 2 jam sebelum perlawanan bermula dan ia adalah terhad kepada yang terawal sahaja. Juara akan membawa pulang wang tunai RM600 dan RM50 kredit Yoodo. Jika pasukan Yoodo Gank yang menjuarai, hadiah akan dikumpulkan pada perlawanan seterusnya.

Di samping itu, Yoodo turut menawarkan data bermain PUBG Mobile percuma 20GB pada kadar kelajuan 4G LTE. Tawaran ini sudah pun bermula sejak 26 Januari lagi dan akan tamat pada 30 April kelak. Jika terlambat, Yoodo turut menawarkan pembelian data khas untuk PUBG Mobile sebanyak 20GB pada harga yang akan diumumkan kelak.

Leave a Reply