Informasi Permainan Video Terkini
Apex Legends Bakal Menerima Legend Baharu Dan Battle Pass Esok
PC

Apex Legends Bakal Menerima Legend Baharu Dan Battle Pass Esok

Diterbitkan pada Mac 19, 2019 oleh .

Bulan lepas, Respawn mengumumkan yang Apex Legends bakal menerima Legends serta Battle Pass pada bulan ini. Hari ini, mereka akhirnya mengumumkan yang Legends baharu adalah Octane dan Battle Pass untuk musim pertama akan tiba esok.

Berdasarkan perkongsian di Playstation Blog, Octane mempunyai kebolehan bergerak dengan lebih laju tetapi akan merendahkan jumlah nyawa. Namun, beliau mempunyai kebolehan pasif iaitu menambah nyawa secara apabila tidak diserang. Pemain boleh mendapatkan watak baharu ini dengan menggunakan Legends Token dan Apex Coins seperti Caustic dan Mirage.

Musim pertama untuk Apex Legends juga akhirnya akan bermula esok. Setiap pemain yang bermain akan mendapat satu kostum, 5 Apex Packs dan 18 Stat Trackers. Sepanjang musim ini pemain boleh mendapat pelbagai barangan dengan bermain.

Bagi pemain yang inginkan lebih banyak barangan, Battle Pass juga diperkenalkan. Ia berfungsi seperti Battle Pass untuk Fortnite dan Royale Pass untuk PUBG. Ia mempunyai 100 tahap dan setiap akan memberikan barangan yang berbeza. Pemain boleh meningkatkan tahap dengan bermain.

Battle Pass dijual dengan harga 950 Apex Coins ataupun 2800 Apex Coins (yang akan memberikan terus 25 tahap). Apex Coins boleh diperoleh dengan bermain ataupun membelinya dengan wang tunai. 1000 Apex Coins bernilai RM46.

Setiap pembelian Battle Pass akan terus mendapat kostum untuk Lifeline, Wraith dan Mirage.


TIPS & ULASAN