Informasi Permainan Video Terkini
Yoodo Memperkenalkan Pasukan E-Sukan PUBG Mobile Tersendiri – Yoodo Gank

Yoodo Memperkenalkan Pasukan E-Sukan PUBG Mobile Tersendiri – Yoodo Gank

Diterbitkan pada Mac 19, 2019 oleh .

Yoodo adalah syarikat telko pra-bayar di bawah Celcom, yang menawarkan kebebasan pengguna untuk hanya membayar apa yang mereka guna sahaja. Terkini, dengan populariti permua PlayerUnknown’s Battleground Mobile atau PUBG Mobile yang semakin menjadi-jadi – Yoodo hadir dengan pasukan e-sukan mereka tersendiri.

Pasukan ini adalah Yoodo Gank. Pada asalnya, pasukan ini digelar sebagai Gank FTY yang pada tahun lepas telah memenangi sebagai juara dalam PUBG Mobile National Championship (PMNC). Pasukan ini terdiri daripada empat ahli; Aiman Amirul (Kapten, dikenali sebagai ManParang), Mohd Hazim (dikenali sebagai JimBoy), Abdul Azim Ikromi (dikenali sebagai Draxx) dan Mohammad Hafizi (dikenali sebagai Geek).

Selain daripada itu, Yoodo turut mengumumkan yang mereka adalah telko digital pertama yang terlibat secara terus dengan PMNC dengan kerjasama bersama Tencent Mobile. Yoodo juga merupakan telko pertama dalam Malaysia yang menawarkan pembelian data tambahan untuk PUBG Mobile di Malaysia.

Pada awalnya, pasukan Gank FTY ini – Yoodo hanya menaja pelan data untuk mereka. Sedar akan perkembangan e-sukan yang hebat, Yoodo secara terus menaja sepenuhnya pasukan ini dan terus dijadikan sebagai Yoodo Gank.


TIPS & ULASAN