TMT ataupun sebelum ini dikenali sebagai TunderMatch Technology yang merupakan peruncit IT dan telefon bimbit terbesar di Malaysia hari ini melancarkan kempen Game On selama sebulan sehingga 18 April. Kempen tersebut memfokuskan kepada segala yang berkaitan permainan video dengan jualan mura selama sebulan. Tawaran tersebut menyertakan peralatan gajet, telefon bimbit, komponen dan aksesori di seluruh cawangan TMT.

Sebahagian daripada kempen ini, mereka juga menganjurkan jerayawara TMT Game On yang berlangsung bermula 18 hingga 24 Mac 2019 di Mid Valley Centre Court. Selain membeli pelbagai barangan, pengunjung juga berpeluang untuk melihat peralatan gajet terkini termasuk juga mencuba kubu simulasi Predator Gaming.
Kejohanan e-sukan juga akan dianjurkan di mana pasukan tempatan akan berlawan untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM20 ribu. Kejohanan PUBG akan berlangsung pada 23 Mac manakala kejohanan Mobile Legends akan berlangusn pada 24 Mac 2019.

Sepanjang kempen ini, pelanggan TMT yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 di mana-mana cawangan TMT berpeluang untuk memenangi baucer serta produk yang secara keseluruhan bernilai RM40 ribu.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, anda boleh layari https://tmt.my/gameon2019/.