Detective Pikachu adalah filem aksi-nyata pertama yang berkait dengan
Pokémon. Filem ini menampilkan Justice Smith sebagai Tim Goodman dan Ryan Reynolds sebagai Pikachu. Terkini, pihak Pokémon telah berkongsi beberapa perkara menarik mengenai filem ini.

Menurut pihak Pokémon, terdapat lebih 60 spesis Pokémon dalam filem ini. Mereka bekerjasama dengan pakar kesan seni visual untuk menghasilkan animasi 3D realistik Pokémon – Pokémon ini. Tambahan mereka lagi, untuk jadikan filem ini sebagai satu filem yang berjaya – setiap spesis Pokémon haruslah dihasilkan dengan kelihatan realistik seakan ia benar-benar berada di sebelah pelakon.

Mereka turut berkongsi mengapa filem aksi-nyata ini diadaptasi dari permainan Detective Pikachu dan bukannya permainan lain. Ini kerana, jalan cerita Detective Pikachu adalah menarik dan pasti akan menarik perhatian ramai penonton dan peminat. Selain itu, pihak Pokémon turut menceritakan sinopsis penuh buat filem ini – di mana Pikachu adalah sahabat ayah Tim, Harry dan jika beliau masih hidup ini bermakna Harry masih berada di luar sana dan mereka berdua perlu berusaha untuk menacari Harry. Tim dan Pikachu turut bekerjasama dengan seorang wartawan – Lucy Stevens yang dilakonkan oleh Kathryn Newton.

Untuk bandar Rhyme City, mereka turut menggunakan konsep asal. Tetapi, mereka turut menggabungkan suasana Tokyo dengan latar belakang di London. Elemen-elemen Rhyme City dalam filem ini turut padan dengan warna-warna spesis Pokémon yang berbeza. Pertempuran Pokémon dan latihan bersama-sama dengan pelatih manusia dalam filem ini adalah selari dengan dunia-dunia Pokémon . Tetapi, hanya di Rhyme City – pertempuran ini adalah haram dan ia hanya berlangsung secara rahsia. Dalam video acah anda akan perasan yang Pikachu sedang bertempur dengan Charizard – di mana Charizard adalah antara watak Pokémon yang ikonik.

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 10 Mei kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini