SEGA hari ini di acara SXSW berkongsi video episod pertama untuk siri kartun untuk permainan perlumbaan kart Team Sonic Racing iaitu Team Sonic Racing Overdrive. Siri tersebut mempunyai 2 episod yang dihasilkan oleh Tyson Hesse dan Neko Production serta mengambil gaya animasi siri web Sonic Mania Adventures.
Selain itu, mereka juga memperlihatkan satu video acah untuk permainan tersebut yang memfokuskan pengubahsuaian. Di dalam video tersebut, ia memperlihatkan yang pemain boleh menukar bahagian depan, belakang serta tayar kereta yang akan menyertakan kelebihan serta kekurangan berbeza.
Pemain juga boleh menukar hon untuk menghasilkan bunyi yang berbeza serta menukar warna serta pelekat kereta yang sudah semestinya akan menjadikan kereta pemain lebih unik berbanding pemain lain.
Team Sonic Racing dan bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 21 Mei 2019.