PUBG Mobile menyambut ulang tahun pertama mereka tahun ini, dan bersamanya mereka menyertakan pelbagai kandungan. Selain itu, mereka juga mengumumkan selepas setahun dikeluarkan, permainan mudah alih tersebut kini dimuat turun sebanyak lebih 200 juta kali dan mencecah 30 juta pemain serentak.
Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan sebanyak 100 juta muat turun berbanding laporan kami pada Ogos tahun lepas. Namun, seperti sebelum ini, jumlah tersebut juga tidak termasuk muat turun daripada pemain di China.
Untuk permainan yang baharu sahaja setahun dikeluarkan, jumlah tersebut adalah satu kejayaan yang baik untuk Tencent serta PUBG Corp. Mungkin disebabkan kejayaan ini, mereka memperkenalkan PUBG Lite yang boleh dimuat turun secara percuma untuk PC.