
EA Access merupakan perkhidmatan langganan yang memberikan sejumlah permainan dengan bayaran bulanan. Ia adalah seperti Xbox Game Pass tetapi untuk permainan EA. Perkhidmatan ini buat masa ini hanyat terdapat di Xbox One dan PC.
Hari ini, seorang pengguna Reddit berkongsi satu gambar yang memperlihatkan logo EA Access tersenarai di dalam Playstation Store. Namun, menurut pengguna tersebut, gambar tersebut juga tidak mempunyai sumber yang dapat dipastikan.
Satu perkara yang membuatkan kami merasakan gambar tersebut adalah benar adalah kerana EA semasa laporan kewangan bulan Februari lepas mengumumkan perancangan mereka untuk menyediakan perkhidmatan EA Access di platform lain termasuk juga PlayStation 4.
Bagi pemain yang sering membeli permainan EA terutama simulasi sukan mereka seperti FIFA, EA Access adalah satu perkhidmatan yang baik untuk dilanggan terutama jika mereka menyediakan pilihan Premium Access.