Di dalam kehangatan menanti Avengers: Endgame bulan hadapan, tidak kita lupakan yang musim ke-8 yang juga musim terakhir untuk Game of Thrones akan bermula pada 15 April 2019.
HBO sebelum ini berkongsi satu video acah untuk siri tersebut yang menimbulkan lebih pertanyaan berbanding jawapan. Baru-baru ini, HBO juga berkongsi durasi untuk setiap episod bagi musim baharu ini. Musim ini akan mempunyai 6 episod iaitu 1 episod lebih kurang berbanding musim lepas dan 4 episod kurang berbanding musim 1 sehingga musim ke-6.
Berikut adalah senarai durasi untuk episod termasuk tarikh ia akan disiarkan;
- Episod 1 – 54 Minit (15 April 2019)
- Episod 2 – 58 Minit (22 April 2019)
- Episod 3 – 1 Jam 22 Minit (29 April 2019)
- Episod 4 – 1 Jam 18 Minit (6 Mei 2019)
- Episod 5 – 1 Jam 20 Minit (12 Mei 2019)
- Episod 6 – 1 Jam 20 Minit (20 Mei 2019)
Walaupun mempunyai 6 episod sahaja akan tetapi dengan jumlah durasi setiap episod lebih lama, ia bukanlah satu musim yang pendek. Walaupun agak bersedih, ini merupakan musim terakhir tetapi dengan penceritaan yang berlaku adalah lebih baik ia berakhir sebelum menjadi terlalu meleret.