Skip to main content

Dalam tindakan mungkin sekadar jenaka, ataupun sebagai ‘menyambut’ keganasan yang berlaku di New Zealand baru-baru ini, beberapa pengguna Steam menggunakan gambar serta menggunakan pelbagai nama seperti “kebab remover”, “saint” dan “hero”. Apa pun sebab, ia sangatlah tidak bertanggungjawab.

Namun, Valve tampaknya bergerak pantas dengan terus membuang profil-profil yang berkaitan. Setakat yang dilaporkan oleh Kotaku, lebih 100 profil sudah dibuang, namun daripada semasa ke semasa, profil baharu hadir.

Kami berharap mana-mana profil yang dibuang, terus diharamkan. Oleh disebabkan, ia adalah percuma untuk mencipta akaun baharu, ia mungkin sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh Valve.

Leave a Reply