Skip to main content

Tahun baharu untuk Hearthstone iaitu Year of the Dragon bakal bermula 10 April ini, namun antara perkara baharu yang akan disertakan kini sudah disertakan di dalam permainan tersebut iaitu mengemaskini sistem pembinaan dek. Sistem tersebut bukanlah satu perkara yang baharu, akan tetapi sebelum ini ia boleh dikatakan tidak berguna.

Melalui kemaskini ini, sistem pembinaan dek tersebut akan menggunakan statistik dalaman untuk memilih kad yang popular dan juga yang memberi lebih peluang kepada pemain untuk memenanginya. Pemain juga boleh meletakkan kad yang ingin digunakan, dan sistem akan mengambil kira kad tersebut untuk membina dek yang bersesuaian.

Sebelum ini saya hanya berharap aplikasi pihak ketiga untuk memberi cadangan dek yang bersesuaian, kini jika sistem tersebut sebaik yang diperkatakan, kemungkinan besar saya akan lebih menggunakan sistem tersebut. Tambahan, Blizzard sudah semestinya mempunyai data yang lebih baik berbanding pihak ketiga.

Leave a Reply