Tahukah anda yang satu negeri di India telah mengharamkan penduduk mereka bermain permainan PlayerUnknown’s Battleground (PUBG)? Negeri tersebut adalah Gujarat.
Pengharaman permainan ini dilakukan atas kerana ia mengubah sikap si pemain kepada ganas dan menggunakan kata-kata kesat. Akan tetapi, permainan video dalam kategori sama seperti Fortnite dan Apex Legend tidak diharamkan. Disebabkan pengharaman ini dilakukan, 16 pelajar di Gujarat, India telah ditahan kerana bermain PUBG.

Menurut polis yang menahan pelajar ini, permainan ini terlampau ketagih sehinggakan pelajar-pelajar ini tidak perasan yang pihak polis sedang menuju ke meraka untuk ditahan. Sepuluh pelajar pertama ditahan di sekitar kolej tempatan di Gujarat. Kemudian, enam lagi pelajar ditahan pada awal pagi hari Khamis lepas.
Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar ini dibebaskan selepas membayar jaminan. Baru-baru ini di Malaysia, pihak PDRM mula meminta SKMM lebih proaktif dalam mengawal permainan yang berunsur keganasan.