Area 35 minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seterusnya buat Tiny Metal, iaitu Tiny Metal : Full Metal Rumble menjelang tahun ini.
Menurut Area 35, permainan ini merupakan sekuel kepada Tiny Metal yang dilancarkan 2017 lepas dimana sempena dengannya, mereka akan menyertakan pelbagai kandungan baharu dengan mod multi-pemain secara bersama. Selain itu, pembangun juga menjanjikan pelbagai bentuk naratif baharu bersama unit-unit baharu yang pemain boleh gunakan dengan mod kempen sehingga 39 misi.
Buat masa ini, permainan ini akan dilancarkan di Switch secara digital melalui Nintendo eShop. Dari segi pelancaran di konsol lain, Area 35 tidak berkongsi sebarang informasi berkenaannya.
Tiny Metal merupakan siri permainan strategi secara turutan dimana permainan pertamanya dilancarkan pada Disember 2017 lepas. Ianya mendapat kritikan ramai terutamanya selepas kontroversi berkenaan pengarah permainan tersebut. Namun, berdasarkan pembangun, kontroversi tersebut telah pun diselesaikan dan tertuduh dilaporkan tidak bersalah.
Walaubagaimana pun, permainan ini sememangnya kelihatan menarik terutamanya buat mereka yang meminati siri permainan strategi bertururan seakan Advance War. Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut berkenaan permainan ini setelah ianya diumumkan kelak.