Skip to main content

Hello Games hari ini mengumumkan kemaskini seterusnya buat permainan No Man’s Sky, iaitu Beyond. Menurut mereka, kemaskini ini bakal tiba secara percuma untuk semua pemain No Man’s Sky sekitar tahun ini.

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsi selain daripada video acah di atas. Namun, menurut penulisan rasmi di blog mereka, No Man’s Sky Beyond akan mengembangkan mod multi-pemain permainan ini, dengan nama No Man’s Sky Online, yang mana pemain berupaya untuk berinteraksi dengan pemain lain dengan lebih mendalam.

Kemaskini terkini mereka sebelum Vision telah pun dilancarkan tahun lepas dan ianya juga menerima pujian ramai atas sokongan yang diberi oleh pembangun walaupun permainan ini dilancarkan lebih dari 2 tahun lepas.

No Man’s Sky merupakan permainan penembak pandang pertama penerokaan alam terbuka. Ia telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply