Koei Tecmo dan Team Ninja hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Dead Or Alive 6: Core Fighters, iaitu permainan perlawanan Dead Or Alive 6 versi percuma.

Bersempena dengan itu, Dead Or Alive 6: Core Fighters akan memberi peluang pemain untuk mencuba bermain ini secara percuma dengan 4 watak asas, Kasumi, Hitomi, Diego dan Bass. Menariknya, versi percuma Dead Or Alive 6 ini juga akan membenarkan pemain untuk bermain secara multi-pemain, mod arked, mod misi dan latihan.

Selain daripada menjual permainan Dead or Alive 6 secara penuh, pemain juga berpeluang untuk membeli setiap watak secara berasingan dengan harga serendah RM12 untuk setiap watak. Ini sekaligus, memberi pilihan buat pemain untuk memiliki permainan Dead Or Alive 6 mengikut pilihan watak yang pemain inginkan.

Bagi mereka yang memiliki permainan Dead Or Alive 6 secara penuh pula, Koei Tecmo juga akhirnya mengemaskini permainan tersebut dengan pelbagai kandungan baharu bersama misi-misi tambahan seperti yang mereka janjikan sebelum ini.

Kami sebelum ini juga telah mengulas permainan ini dimana anda boleh membacanya disini. Bagi anda yang ingin muat-turun Dead Or Alive 6: Core Fighters pula, anda boleh ke pautan dibawah.

Muat-Turun: Dead Or Alive 6: Core Fighters di PS4

Muat-Turun: Dead Or Alive 6: Core Fighters di PC


Sohor Kini