Informasi Permainan Video Terkini
Rebellion Mengumumkan Sniper Elite 5, Sniper Elite 2 Remastered, Sniper Elite 3 Untuk Switch Dan Sniper Elite VR

Rebellion Mengumumkan Sniper Elite 5, Sniper Elite 2 Remastered, Sniper Elite 3 Untuk Switch Dan Sniper Elite VR

Diterbitkan pada Mac 15, 2019 oleh .

Rebellion melalui kemaskini pembangunan untuk Sniper Elite berkongsi beberapa pengumuman buat permainan tersebut. Pertamanya, mereka mengatakan permainan seterusnya iaitu Sniper Elite 5 dan Sniper Elite VR sedang dibangunkan. Namun, tiada tarikh pengeluaran yang dinyatakan.

Selain daripada itu mereka juga mengumumkan Sniper Elite 2 Remastered iaitu versi olahan semula dan akan menyertakan kualiti grafik yang lebih baik serta menyokong resolusi sehingga 4K. Menariknya, ia juga akan menyertakan mod foto. Permainan tersebut akan dikeluarkan pada tahun ini untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Akhir sekali mereka mengumumkan Sniper Elite 3 yang dikeluarkan pada tahun 2013 akan menerima Sniper Elite 3 Ultimate Edition yang akan menyertakan kesemua penambahan. Ia juga akan mempunyai multi-pemain setempat dan juga kawalan pergerakan yang khas untuk Switch. Maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian.


TIPS & ULASAN