GSC melalui kicauan Twitter mereka mengumumkan yang Avengers: Endgame akan ditayangkan 2 hari lebih awal berbanding tarikh yang diumumkan sebelum ini.
Walaupun ia diumumkan oleh GSC akan tetapi berkemungkinan besar ia akan ditayangkan pada tarikh yang sama di setiap pawagam. Ini adalah satu berita yang baik, kerana dapat menonton filem ini dengan lebih awal.
Buat masa ini masih tiada pengesahan bila tiket itu akan dibuka untuk di beli tetapi kebiasaan ia akan bermula 2 minggu sebelum tarikh tayangan.