Tahun lepas, DotEmu mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seterusnya untuk Windjammers dimana ianya adalah permainan perlawanan frisbee.

Terkini, DotEmu akhirnya berkongsi video acah baharu yang memperlihatkan bentuk permainan buat permainan Windjammers 2.

Seperti yang dipertontonkan di atas, Windjammers 2 kelihatan mempunyai bentuk visual grafik yang lebih menarik dengan visual 2D lukisan tangan bersama beberapa kesan efek yang berlainan dengan permainan pertamanya. Seperti permainan sebelum ini, permainan ini juga menyertakan pelbagai kemahiran yang pemain boleh lakukan.

Walaupun begitu, menurut DotEmu, video acah tersebut masih lagi berada di tahap Alfa dan bukan visual terakhir untuk permainan tersebut. Berdasarkan laman rasmi permainan tersebut, Windjammers 2 akan dilancarkan di Switch dan PC pada tahun ini.

Sohor Kini