Informasi Permainan Video Terkini
Steam Link Dikemaskini Dengan Fungsi ‘Anywhere’ – Tidak Lagi Perlukan Rangkaian Setempat
PC

Steam Link Dikemaskini Dengan Fungsi ‘Anywhere’ – Tidak Lagi Perlukan Rangkaian Setempat

Diterbitkan pada Mac 15, 2019 oleh .

Bulan Mei tahun lepas, Steam Link telah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah aplikasi yang membenarkan pengguna Steam bermain permainan di Steam ke peranti pintar mereka. Walau bagaimanapun, ia bukanlah boleh bermain secara terus – Steam pada komputer perlu dilancarkan dan sambungan Internet mestilah melalui kabel LAN atau WiFi 5GHz.

Ini bermakna, penggunaan Steam Link haruslah dari rangkaian Internet yang sama. Terkini, Steam telah mengemaskini Steam Link dengan menambah fungsi ‘Anywhere‘ yang membenarkan pengguna bermain permainan Steam tidak kira di mana mereka berada. Ia secara tidak langsung, tidak lagi terhad kepada rangkaian yang sama dan boleh digunakan pada mana-mana rangkaian Internet.

Steam Link Anywhere ini masih lagi dalam bentuk beta dan apa juga aplikasi/perisian dalam bentuk beta pasti akan ada pepijat. Tetapi, ini tidak menghalang anda untuk mencubanya. Untuk mencuba, buka aplikasi Steam Link – pergi ke Settings > Account > “Beta Participation” > “Change…” > dan klik pada “Steam Beta Update”. Kemudian, klien Steam pada komputer haruslah berada pada versi beta 13 Mac dan ke atas, peranti perlu ditambah pada bahagian “Other Computer” dan teruskan ikut arahan pada skrin.

Muat Turun APK Steam Link Versi Beta


Muat Turun Klien Komputer Steam Beta


TIPS & ULASAN