Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) hari ini mengumumkan yang mereka bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan di dalam persediaan akhir untuk melakukan pemilihan atlit e-sukan bagi mewakili Malaysia di Sukan Asia Tenggara 2019.
Seperti kita sedia maklum terdapat 5 kejohanan e-sukan di Sukan Asia Tenggara 2019 yang akan menyumbangkan pingat. Permainan tersebut adalah Mobile Legends, Arena of Valor, Tekken 7, DoTA 2 dan StarCraft II.
Pemilihan akan berlaku di seluruh negara dan akan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu Kelayakan Peringkat Negeri, Peringkat Akhir Negara dan Bootcamp. Tempoh pemilihan akan berlaku bermula 15 Mac 2019 sehinggalah Disember 2019.
Pusingan Kelayakan Peringkat Negeri akan mempunyai 2 jenis iaitu secara dalam talian dan/atau luar talian. Persatuan peringkat negeri akan menentukan kejohanan yang akan dipertandingkan untuk pemilihan ini. Pusingan awal akan berlangsung secara dalam talian manakala peringkat akhir akan berlangsung secara luar talian.
Pemain ataupun pasukan boleh mendaftar lebih daripada satu pertandingan kelayakan selagi mereka tidak layak untuk Peringkat Akhir Negara. Kelayakan ini dibuka kepada kesemua rakyat Malaysia berumur 13 tahun dan ke atas, pemain bawah 18 tahun memerlukan kebenaran ibu pada dan penjaga.
Ini adalah peluang untuk anda menjadi atlit negara dan menyumbangkan pingat bagi pasukan Malaysia. Jika berminat anda boleh layari lamanhttp://esportsmalaysia.org/seagamesselection untuk maklumat lanjut.