Skip to main content

Left 4 Dead pada awalnya dibangunkan oleh Turtle Rock untuk Valve sebelum Valve mengambil alih syarikat tersebut dan menjadikan studio tersebut sebagai Valve South. Namun, setelah pelbagai masalah yang timbul dan pembangunan untuk Left 4 Dead telah disiapkan, Valve dan Turtle Rock berpisah yang kemudiannya menjadi studio tersendiri.

Selepas Valve, mereka menjadi pembangun bagi permainan Evolve untuk 2K Games, dan kini mereka mengumumkan satu permainan baharu iaitu Back 4 Blood yang mempunyai bentuk permainan seakan Left 4 Dead iaitu penembak pandang pertama zombi secara multi-pemain.

Menurut pengasas Turtle Rock Chris Ashton peluang untuk membangunkan permainan yang dimulakan oleh studio mereka adalah satu perkara yang sangat menguja. Walaupun ada persamaan dengan Left 4 Dead, mereka mengatakan Back 4 Blood adalah sesuatu yang baharu, walaupun berkongsi konsep menembak zombie tetapi ia akan menyertakan pelbagai perkara yang menjadikan ia unik.

Permainan ini akan diterbitkan oleh Warner Bros untuk Playstation 4, Xbox One dan PC, namun masih tiada tarikh pengeluaran dan ia masih di awal pembangunan.

Leave a Reply