Informasi Permainan Video Terkini
Mod Pertempuran Royale ‘Firestorm’ Buat Battlefield V Bakal Tiba 25 Mac Ini
PC

Mod Pertempuran Royale ‘Firestorm’ Buat Battlefield V Bakal Tiba 25 Mac Ini

Diterbitkan pada Mac 15, 2019 oleh .

Salah satu permainan yang mengandungi mod pertempuran royale yang dinantikan oleh ramai pemain adalah mod Firestorm buat permainan Battlefield V.

Sebelum ini, EA mengumumkan bahawa mod tersebut akan dilancarkan pada bulan Mac ini dan hari ini EA akhirnya mempertontonkan video acah khas buat mod tersebut dan mengumumkan tarikh pelancarannya.

Sememangnya genre ini agak sesak dengan pelancaran Apex Legends baru-baru ini dicampur dengan permainan pertempuran royale lain seperti PUBG dan Fortnite. Walaupun begitu, EA dan DICE tampaknya tidak ingin ketinggalan dengan genre tersebut melalui pengumuman ini.

Berdasarkan video acah yang dipertontonkan, tampaknya mod Firestorm ini akan memfokuskan bentuk berpasukan secara empat pemain, seperti kebanyakkan permainan pertempuran royale lain. Selain itu, ianya juga mempunyai kenderaan yang boleh dipandu oleh pemain seperti helikopter, bot dan kereta. Pada penghujung video tersebut, EA juga memperlihatkan seakan kenderaan kereta kebal juga bakal disertakan.

Sememangnya buat masa ini tidak banyak informasi yang dikongsikan oleh EA. Menurut EA juga, mod tersebut bakal tiba secara percuma melalui kemaskini permainan pada 25 Mac 2019 untuk kesemua platform.

Akan tetapi, bagi anda yang ingin membaca ulasan penuh buat permainan Battlefield V, kami sebelum ini juga telah mengulasnya dimana anda boleh membacanya dibawah.


TIPS & ULASAN