Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Umum Mod Bloody Palace Buat Devil May Cry 5 Bakal Tiba April Ini
PC

Capcom Umum Mod Bloody Palace Buat Devil May Cry 5 Bakal Tiba April Ini

Diterbitkan pada Mac 15, 2019 oleh .

Sudah pastinya permainan Devil May Cry 5 merupakan satu permainan aksi yang sangat menarik dan kami sendiri di Aksiz sangat menyukainya dengan bentuk permainannya yang menarik dengan kandungan yang pelbagai.

Terkini, anda mungkin akan lebih menyukai Capcom dimana hari ini mereka mengumumkan bahawa permainan tersebut bakal menerima kemaskini percuma April ini, iaitu mod Bloody Palace bakal tiba pada 1 April ini.

Bagi anda yang baru dengan siri ini, Blood Palace merupakan mod pertahanan hidup yang mula diperkenalkan ketika Devil May Cry 2. Melalui mod ini, pemain akan bertempur dengan sebilangan musuh secara berperingkat.

Buat masa ini informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan sama ada Blood Palace untuk Devil May Cry 5 akan dikekalkan dengan bentuk klasik secara 9999 tingkat ataupun kurang seperti Devil May Cry 4. Namun, apa yang pasti adalah mod ini akan tiba secara kemaskini percuma menjelang April ini dan pemain berupaya untuk mainkan ketiga-tiga watak iaitu Dante, Nero dan V.

Devil May Cry 5 telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang ingin membaca ulasan penuh oleh kami, anda boleh melayari pautan dibawah.

Baca: Ulasan Devil May Cry 5


TIPS & ULASAN