Avengers: End Game akan ditayangkan dalam masa 42 hari sahaja lagi. Banyak misteri yang masih kita tidak tahu dan jalan cerita penuh masih lagi dirahsiakan oleh pihak Disney dan Marvel.

Baru sahaja tadi, video acah baru buat filem akhir MCU fasa ketiga diterbitkan dan ia berada di luar jangkaan kami. Paling menyedihkan adalah, ia mengimbau kembali detik-detik pada filem-filem lepas MCU dari Iron Man 2008 sehinggalah Avengers: Infinity War. Video acah ini tidak berhenti di sini, ia diteruskan dengan memperlihatkan kostum baru yang sebelum ini pernah tertiris di arena web – di mana kostumnya bertemakan putih dan merah serta terdapat logo Avengers.

Mengejutkan lagi, Captain Marvel buat pertama kalinya diperlihatkan dalam video acah Avengers: End Game – selepas kemunculan beliau dalam adegan kredit akhir filem Captain Marvel. Kali ini, Thor telah bertemu dengan Captain Marvel dan terus menggemari beliau. Beberapa adegan hebat Ronin, Black Widow, Ant-Man dan Thor turut diperlihatkan.

Apakah jalan cerita sebenar filem ini? Berapa ramai ahli Avengers yang bakal mati? Benarkah Captain Marvel akan menumpaskan Thanos? Sama-sama kita nantikan filem ini pada 26 April 2019.

Sohor Kini