
Mobile Star League (MLS) Mobile Legends Invitational League untuk musim ke-3 sedang berlangsung sejak 18 Februari lepas dan akan berakhir pada 19 Mac 2019 manakala pusingan playoffs akan bermula pada 2 dan 3 April kelak. Menariknya, GSC bakal menayangkan pusingan playoffs secara langsung di skrin besar. Terdapat dua GSC yang akan terlibat iaitu GSC Berjaya Times Square dan GSC Paradigm Johor Bharu.
Jika anda berminat untuk menonton perlawanan e-sukan di wayang, tiket boleh dibeli bermula sekarang. Harga tiket adalah RM25 untuk sehari dan selain tiket bersama dengan kombo (popcorn dan air), anda juga akan mendapat 100 x Diamonds tetapi terhad kepada 75 orang sahaja untuk satu hari dan tempat. Jika anda membeli tiket bermula sekarang sehingga 26 Mac, anda layak untuk mendapat potongan harga RM 5.
GSC dan MLS juga akan mengadakan pemberian hadiah semasa tayangan tersebut tetapi maklumat lanjut akan dikongsi kan kemudian. Jika anda berminat, tiket boleh ditempah melalui laman GSC.
[info]GSC: MSL X GSC: Mobile Legends Invitational League[/info]