Skip to main content

Vanillaware merupakan pembangun untuk permainan Dragon’s Crown dan projek seterusnya merupakan 13 Sentinels: Aegis Rim yang merupakan permainan pengembaraan 2D memfokuskan mecha.

Permainan tersebut dijangkakan akan dikeluarkan untuk pasaran Jepun pada suku keempat tahun ini untuk Playstation 4. Minggu ini, mereka mengeluarkan demo 3 jam di Jepun yang juga merupakan prologue untuk permainan tersebut.

Menariknya, apabila pemain menghabiskan demo tersebut, pemain dapat mengakses Extra yang membolehkan pemain menonton pelbagai video daripada permainan tersebut. Selain itu ada juga yang dilabelkan sebagai ??? yang memainkan satu video daripada permainan lain.

Kemungkinan besar video tersebut adalah daripada permainan baharu yang masih tidak diumumkan oleh Vanillaware.

Leave a Reply