Permainan-permainan mudah alih mempunyai pelbagai cara untuk menjana pendapatan walaupun permainan tersebut adalah percuma untuk dimainkan. Antaranya adalah dengan memaparkan iklan, kebiasaan iklan tersebut boleh disekat dengan membuat pembayaran.

Melalui penulisan di blog Google Ads, Google memperlihatkan cara baharu iklan tersebut akan dipaparkan. Menurut Google secara purata kurang 4% daripada pemain yang akan berbelanja untuk membeli barangan di dalam permainan. Cara terbaik untuk menjana pendapatan daripada permainan lain adalah melalui pengiklanan, namun ada pembangun yang tidak ingin meletakkan iklan kerana ia akan membuatkan pemain tidak berbelanja.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Google memperkenalkan cara baharu untuk pengiklanan. Dengan menggunakan pembelajaran mesin, iklan akan hanya dikeluarkan untuk pemain yang berkemungkinan besar tidak akan berbelanja. Manakala pemain yang sering atau dijangkakan berbelanja tidak akan melihat iklan tersebut.

Bagi pembangun, sistem tersebut kini boleh dicuba melalui AdMob. Ini adalah sesuatu yang menarik untuk pembangun dan Google, namun ia mungkin akan membuatkan lebih banyak permainan akan menyertakan iklan.

Sohor Kini