Informasi Permainan Video Terkini
Baptiste Buat Overwatch Bakal Tiba Di Semua Platform Secara Rasmi Minggu Hadapan
PC

Baptiste Buat Overwatch Bakal Tiba Di Semua Platform Secara Rasmi Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mac 14, 2019 oleh .

Lanjutan daripada watak baharu buat permainan Overwatch yang diumumkan bulan lepas, hari ini Blizzard mengumumkan bahawa watak tersebut akan tiba secara rasmi di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 19 Mac 2019 ini.

Baptiste sebelum ini hanya dilancarkan buat Overwatch PTR sahaja dimana ianya hanya boleh diakses untuk pemain PC. Terkini dengan pelancaran rasmi ini, kesemua pemain berupaya untuk bermain dan menggunakan watak tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Baptiste merupakan watak yang memfokuskan bentuk sokongan namun dalam bentuk pertempuran. Bagi anda yang ingin melihat senarai senjata dan kemahiran beliau, anda boleh melayari pautan ini.

Selain itu, Blizzard juga memperlihatkan beberapa kostum tambahan buat watak tersebut dimana anda boleh dapatkannya setelah Baptiste dilancarkan minggu hadapan.


TIPS & ULASAN