Permainan The Messenger sebelum ini mendapat tumpuan ramai kerana ianya tersenarai di dalam permainan indie terbaik untuk tahun 2018. Dengan bentuk aksi platformer, permainan tersebut sememangnya antara yang sangat menarik untuk konsol Switch dan PC.

Terkini, Devolver Digital dan Sabotage Studio mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan tersebut ke Playstation 4 pada minggu hadapan, 19 Mac 2019 ini.

Bersempena dengan pengumuman ini, Sabotage Studio juga menyatakan bahawa DLC percuma yang mereka umumkan sebelum ini, Picnic Panic juga bakal tiba di konsol Playstation 4 tahun ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan permainan ini bermula minggu hadapan di Playstation 4.

Sohor Kini