Heart Machine merupakan pembangun permainan indie di mana studio tersebut diasas oleh Alx Preston. Mereka sebelum ini terkenal dengan permainan Hyper Light Drifter dan permainant ersebut telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Terkini, dengan kerjasama Annapurna Interactive, Heart Machine kembali dengan permainan seterusnya iaitu Solar Ash Kingdom. Buat masa ini ianya dirancang untuk dilancarkan di PC melalui Epic Games Store. Namun, dari segi tarikh pelancarannya termasuklah di konsol, Heart Machine masih belum mengumumkannya lagi.

Sememangnya permainan tersebut nampak sangat menarik dengan visual arah seni seakan permainan mereka sebelum ini. Walaupun begitu, tidak banyak yang dikongsikan oleh Heart Machine dan berdasarkan video acah di atas, ianya kelihatan pemain perlu bergerak dengan pantas dengan menggunakan kasut roda.

Sememangnya kami akan mengemaskini sebarang pengumuman yang diumumkan kelak oleh Heart Machine dan Annapurna Interactive.

Sohor Kini