Attack On Titan 2 merupakan permainan aksi berdasarkan siri anime terkenal, Attack On Titan dan ianya dilancarkan pada tahun lepas di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.
Terkini, Koei Tecmo mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan DLC pernambahan baharu buat permainan tersebut yang mana ia bakal memfokuskan penceritaan baharu berdasarkan musim ketiga anime tersebut.
Menariknya, DLC tersebut akan menyertakan lebih dari 40 watak baharu yang boleh dimainkan, pernambahan penceritaan dan pelbagai senjata baharu. DLC ini juga akan menyertakan mod baharu untuk pemain iaitu “Wall Reclamation Mode” dimana ianya akan memfokuskan bentuk pertahanan secara berpasukan.
Bagi anda yang berminat, DLC Attack On Titan 2: Final Battle akan dilancarkan pada 5 Julai ini dan bagi mereka yang belum memiliki permainan ini, Koei Tecmo akan menjualnya secara bersama dan juga secara berasingan.