Informasi Permainan Video Terkini
Permainan PC Kini Boleh Di Strim Ke Xbox One Menggunakan Aplikasi Microsoft
PC

Permainan PC Kini Boleh Di Strim Ke Xbox One Menggunakan Aplikasi Microsoft

Diterbitkan pada Mac 14, 2019 oleh .

Microsoft hari ini mengumumkan yang Xbox One kini boleh memasang aplikasi Wireless Display yang membolehkan kandungan di PC diperlihatkan melalui konsol Xbox One.

Alat kawalan Xbox One juga boleh digunakan untuk mengawal strim tersebut. Aplikasi tersebut menggunakan Miracast untuk menyambungkan PC dan Xbox One. Terdapat mod berbeza untuk permainan dan juga menonton video. Namun, ia tidak membenarkan untuk anda strim kandungan terkunci seperti Netflix dan Hulu.

Buat masa ini ia tidak menyokong kawalan menggunakan papan kekunci dan tetikus. Jika PC anda berada di dalam bilik, dan konsol di ruang tamu, aplikasi ini sudah semestinya memudahkan untuk anda turut bermain permainan PC termasuk Steam di ruang tamu.

Microsoft: Wireless Display


TIPS & ULASAN