Informasi Permainan Video Terkini
EA Dilaporkan Membayar Ninja RM4 Juta Untuk Bermain Apex Legends

EA Dilaporkan Membayar Ninja RM4 Juta Untuk Bermain Apex Legends

Diterbitkan pada Mac 14, 2019 oleh .

Ninja ataupun nama sebenar Tyler Blevins merupakan streamer yang sudah tidak asing lagi. Beliau sangat sinonim dengan populariti Fortnite. Terutama apabila beliau bermain bersama dengan penyanyi popular Drake yang melonjakkan nama beliau serta Fortnite sendiri.

Oleh disebabkan itu, bukan satu perkara yang aneh apabila syarikat yang bersaing dengan Fortnite akan membayar streamer popular untuk bermain permainan mereka. Bagi Apex Legends, EA dilaporkan membayar Ninja sebanyak $1 juta (~RM4 juta) untuk bermain permainan tersebut beberapa jam secara langsung di strim beliau.

Perkara tersebut dilaporkan oleh Reuters, akan tetapi tiada pengesahan yang dikeluarkan oleh EA ataupun Ninja berkenaan jumlah bayaran yang sebenar. Namun jika jumlah tersebut adalah benar, ia merupakan satu jumlah yang lebih besar berbanding yang dijangkakan.

Jadi Fornite atau Apex Legends?


TIPS & ULASAN