Dauntless Tertunda Ke Suku Ketiga Tahun Ini

Phoenix Labs sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Dauntless untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada bulan hadapan, namun, hari ini mereka mengumumkan ia tertunda satu tarikh yang tidak ditetapkan akan tetapi pada suku ketiga tahun ini.

Menurut mereka, keputusan tersebut di buat agak dapat memberikan lebih masa untuk meningkatkan kualiti serta prestasi permainan tersebut. Selain itu, lebihan masa tersebut juga akan membantu mereka untuk menyertakan fungsi-fungsi lain seperti rentas-platform.

Dauntless merupakan permainan percuma yang mana ramai memperkatakan ianya mempunyai bentuk permainan seakan Monster Hunter. Melaluinya, pemain berupaya untuk memburu raksasa secara solo mahupun secara multi-pemain. Pemain bukan sahaja berupaya untuk memburu raksasa untuk mendapatkan barangan berharga, malah pemain juga berupaya untuk menghasilkan dan mencipta kelengkapan dan senjata baharu melaluinya.

Sohor Kini