Penglibatan Google di dalam industri permainan video tampaknya lebih serius berbanding sebelum-sebelum ini. Hari ini contohnya, Jade Raymond mengumumkan beliau kini menyertai Google sebagai Naib Presiden.

Mereka juga bakal mengumumkan sesuatu di acara Game Developer Conference 2019 (GDC), kini mereka berkongsi pula satu video acah bersempenan dengan acara tersebut yang memperlihatkan kamera menuju keluar dan melalui pelbagai persekitaran di dunia permainan yang berbeza.

Video tersebut memperlihatkan persekitaran untuk genre permainan yang berbeza seperti e-sukan, simulasi perlumbaan, pengembaraan dan juga aksi. Kami sudah semestinya tidak sabar untuk menanti apa yang akan diumumkan oleh Google kelak.

Video tersebut juga menyatakan tarikh yang pengumuman tersebut iaitu 19 Mac 2019 yang menyatakan mereka bakal berkongsi visi Google untuk masa depan permainan video.

Sohor Kini