Informasi Permainan Video Terkini
DLC Rise of the Giant Untuk Dead Cells Diumumkan – PC Sahaja Buat Masa Ini
PC

DLC Rise of the Giant Untuk Dead Cells Diumumkan – PC Sahaja Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Mac 13, 2019 oleh .

Bulan lepas kami melaporkan yang Motion Twin bakal mengumumkan satu DLC besar untuk permainan mereka Dead Cells. Hari ini, mereka akhirnya mengumumkan DLC Rise of the Giant yang akan menyertakan pelbagai kandungan baharu.

Selain mengumumkan peringkat baharu, DLC tersebut akan menyertakan 50 kostum dan 10 jenis penjahat, 3 kebolehan dan 10 senjata baharu. Terdapat juga ketua baharu yang pemain boleh bertempur selepas menghabiskan permainan asal.

DLC tersebut buat masa ini hanya diumumkan untuk PC sahaja dan akan tiba pada 28 Mac 2019.


TIPS & ULASAN