Kami agak terkejut ia mengambil masa yang lama untuk Microsoft menyertakan Minecraft sebagai sebahagian Xbox Game Pass terutama permainan tersebut merupakan permainan mereka sendiri.
Namun, hari ini mereka mengumumkan yang pelanggan Xbox Game Pass akan mendapat Minecraft bermula 4 April 2019. Microsoft sebelum ini mengumumkan 4 permainan seperti Just Cause 4 dan Fallout 4 akan tiba ke perkhidmatan tersebut bulan ini.
Xbox Game Pass buat masa ini adalah perkhidmatan eksklusif untuk konsol Xbox One dan harga langganan bermula $9.99(~RM41) untuk sebulan. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Xbox Game Pass untuk informasi lanjut.