Skip to main content

Pada tahun lepas, Microsoft mengumumkan alat kawalan Xbox edisi Phantom yang memperlihatkan rekaan lutsinar ia menampakkan komponen dalam alat kawalan tersebut. Sebelum ini, ia hanya mempunyai versi hitam sahaja iaitu Phantom Black.

Hari ini, ketika acara langsung Inside Xbox, mereka mengumumkan versi berwarna putih untuk alat kawalan edisi tersebut dan digelar sebagai Phantom White. Seperti Phantom Black, versi ini juga akan dijual dengan harga $69.99(~RM286) dan akan mula dipasarkan pada 2 April 2019 secara global.

Walaupun warna putih membuatkan alat kawalan tersebut nampak lebih menarik terutama kerana ia mempunyai bahagian lutsinar akan tetapi ia sudah semestinya memerlukan penjagaan yang rapi.

Leave a Reply